Thursday, April 12, 2012

Haluan Kiri

Ok, kali ni aku nak tulis cerita yang lain sikit, nak cakap pasal pahlawan dulukala. Tiba tiba terlintas kat kepala aku nama Jebat. Siapa Jebat?? Sejarah Melayu ada merungkaikan Jebat adalah Kasturi. Sesetengah berpendapat kebenaran sengaja ditutup bagi menjaga maruah keturunan Kasturi & watak Jebat dicipta. Ok, lupakan sekejap asal usul nama Jebat..

Aku..bukanlah pencinta @ penggila watak antagonis tapi cara Jebat berjuang menarik minat aku & aku percaya masih ramai yang sependapat biarpun Jebat hanyalah agenda ideologi bagi menutup kebenaran.
Sejak kecil kita dipertontonkan media sekeliling bahawa Jebat adalah penjenayah, penderhaka, penyangak tapi sejauh mana kebenarannya?? Cerita akan berubah dari generasi ke generasi, penceritaan yang beredar dari zaman ke zaman.


Tuah & Jebat, warisan Melayu yang terkenal kerana kesetiaan & penderhakaan. Kenapa Jebat dibunuh? Kerana derhaka? Memang betul niat tidak menghalalkan cara. Walaupun niatnya murni tapi caranya kejam, sesat & tak terkawal. Kemarahan kepada sultan yang membawa kepada kematian ribuan nyawa tak bersalah, dan itu hanyalah cerita yang tersampai dari generasi terdahulu. Siapa tahu kebenarannya? Warna cerita disebalik tabir kabur & penuh kegilaan (sensitiviti). Kemarahan & membalas dendam hanyalah satu cara untuk membela keadilan, menuntut bela kematian sahabat yang dianiaya.

Jebat, si penderhaka mengajar aku erti setiakawan, keberanian.. perjuangan epik menentang kuasa mahkamah adalah satu contoh kebangkitan menentang kezaliman & feudalisme. Perjuangan menentang orang orang yang menyalahgunakan kuasa & orang orang yang berdiri di jalan mereka. Kesetiaan adalah harganya.

Bagaimanapun keperluan untuk melindungi ketuanan Melayu perlu ditanggung oleh Tuah, boneka sebuah pemerintahan yang zalim. Membunuh Jebat atas junjungan perintah sultan. Mereka adalah alat yang diperguna oleh golongan berkuasa. Meskipun tanpa jasad, semangat Jebat tetap hidup dalam hati golongan yang tertindas. Jebat akan kembali, bangkit di dalam hati penentang kezaliman, kerana legasi Jebat akan berterusan & takkan terpadam. Dan aku adalah salah seorang daripadanya.




p/s : Selamat memangkah!

No comments:

Post a Comment