Saturday, September 7, 2013

Year End Entry

Pheewww...sedar tak sedar dah setahun gua tak menjengah taman bunga ni..berhabuk! Sibuk dgn kerja la katakan..sibuk pikir pasal nak kawin..dengan harga minyak naik lagi.. Aahhh.. macam2 bendalah nak pikir..nak buat..umur semakin meningkat..otak pun dah sikit lembab..ayat2 dah tak power macam dulu.. Ehh..dulu power ke? Hahaha..

Ok lah..membebel panjang2 bkn ada sape nak baca pun.. Post ni kira macam new entry untuk cover setahun punya update laa..pertengahan tahun lepas gua stop ni baru nak menulis balik..huuu..otak pun dah bawah takat beku..takde idea..sebenarnya blog ni aku create untuk share aku punya ayat & gaya bahasa..bukan untuk bercerita hal peribadi sangat pun..politik jauh sekali..dah memang aku suka seni gaya bahasa.. dulu SPM subjek BM pun dapat A1 mehh..haha.. sememangnya aku berjiwa seni pun..eceehhh..

Ok lah..ni je entry untuk kali ni..takde karangan panjang2.. cuma nak pastikan blog ni tak berkarat..hahahaha...

P/S : Bahagia perlu di cari bukan di nanti..kenangan lalu boleh di kenang tapi usah di kesal.. apapun kejar kepentingan abadi itu yang utama.. Chooww!!


Tuesday, May 1, 2012

Literasi Rindu

Pantulan rasa membiaskan bahasa yang menjangkau
batas kritikal manusia tipikal.
Hiasan dalaman pasti bertembung dalam suku pertemuan
jiwa dalam waktu waktu yang jelas takdirnya.
Bukanlah ingin membelenggu tapi akan aku tunggu.
Separuh dari saki hidupku telah tersedia menanti kunjungan Ratu.
Rahmat jarak dan waktu menambah seri pelangi rindu.
Rindu yang membalut sepi dalam gulungan cerita
kau dan aku.
Kita pasti bertemu.

p/s : bahasa yang aku guna kalau dirungkai secara harfiah memang takkan ada yang faham..

Saturday, April 28, 2012

Munajat Cinta


Layan je..

Jodoh Itu Kerja Tuhan..

Dalam bab mencari pasangan, lelaki terbahagi kepada 3 kategori,
samada menjadi pilihan pertama, pilihan seterusnya, atau langsung bukan pilihan bergantung kepada kriteria mengikut keperluan semasa..

Dan aku adalah jenis yang terakhir.. Tapi tak kesah, bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan,
hero mana yang tak pernah terluka..

Rasa sayang tu boleh dipupuk tapi kenapa lamaran ditolak di awal perkenalan?
Faktor harta dan personaliti menjadi ukuran definisi cinta pada perspektif egois materialistikus wanita moden dan pada pandangan mereka mereka, golongan lelaki eksotik yang tak punya rupa,
mahupun harta langsung tak ada nilai estetik.

Sekadar pendapat tapi tak boleh nak salahkan sesiapa kerana deliberasi dalam pemilihan pasangan itu bukan hak diri yang mutlak kerana jodoh tiada citarasa, jauh sekali deria rasa,
apatah lagi nak bermuka muka, semua dah di rangka tunggu terlaksana..
Jadi bersedia..

p/s : pengalaman mengajar jangan terlalu berharap kepada perancangan, jangan terlalu percaya pada perasaan, dan jangan sayang kalau takut kehilangan..

Selangkah Ke Depan

Tiada subjek yang boleh menjana perubahan yang ikhlas
selain rasa cinta pada tuhan, sayang pada diri sendiri,
dan tanggungjawab pada keluarga..

Selagi seseorang tu bergelar manusia, dia boleh berubah,
tak kira laa samada berubah secara perlahan atau perubahan mendadak,
yang pasti manusia tetap boleh berubah..

p/s : setiap persepsi adalah subjektif secara individual..

Saturday, April 14, 2012

Nota Patah Hati

Menunggu pada yang tidak pasti. Umpama menanti sungai yang tak berpenghulu.


p/s : jangan tunggu..

Taman Bunga

Kita cinta dengan apa yang kita cinta,
tapi kalau kita memilih dengan apa yang kita cinta,
itu namanya bukan cinta,

p/s : tapi nafsu..