Tuesday, May 1, 2012

Literasi Rindu

Pantulan rasa membiaskan bahasa yang menjangkau
batas kritikal manusia tipikal.
Hiasan dalaman pasti bertembung dalam suku pertemuan
jiwa dalam waktu waktu yang jelas takdirnya.
Bukanlah ingin membelenggu tapi akan aku tunggu.
Separuh dari saki hidupku telah tersedia menanti kunjungan Ratu.
Rahmat jarak dan waktu menambah seri pelangi rindu.
Rindu yang membalut sepi dalam gulungan cerita
kau dan aku.
Kita pasti bertemu.

p/s : bahasa yang aku guna kalau dirungkai secara harfiah memang takkan ada yang faham..

Saturday, April 28, 2012

Munajat Cinta


Layan je..

Jodoh Itu Kerja Tuhan..

Dalam bab mencari pasangan, lelaki terbahagi kepada 3 kategori,
samada menjadi pilihan pertama, pilihan seterusnya, atau langsung bukan pilihan bergantung kepada kriteria mengikut keperluan semasa..

Dan aku adalah jenis yang terakhir.. Tapi tak kesah, bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan,
hero mana yang tak pernah terluka..

Rasa sayang tu boleh dipupuk tapi kenapa lamaran ditolak di awal perkenalan?
Faktor harta dan personaliti menjadi ukuran definisi cinta pada perspektif egois materialistikus wanita moden dan pada pandangan mereka mereka, golongan lelaki eksotik yang tak punya rupa,
mahupun harta langsung tak ada nilai estetik.

Sekadar pendapat tapi tak boleh nak salahkan sesiapa kerana deliberasi dalam pemilihan pasangan itu bukan hak diri yang mutlak kerana jodoh tiada citarasa, jauh sekali deria rasa,
apatah lagi nak bermuka muka, semua dah di rangka tunggu terlaksana..
Jadi bersedia..

p/s : pengalaman mengajar jangan terlalu berharap kepada perancangan, jangan terlalu percaya pada perasaan, dan jangan sayang kalau takut kehilangan..

Selangkah Ke Depan

Tiada subjek yang boleh menjana perubahan yang ikhlas
selain rasa cinta pada tuhan, sayang pada diri sendiri,
dan tanggungjawab pada keluarga..

Selagi seseorang tu bergelar manusia, dia boleh berubah,
tak kira laa samada berubah secara perlahan atau perubahan mendadak,
yang pasti manusia tetap boleh berubah..

p/s : setiap persepsi adalah subjektif secara individual..

Saturday, April 14, 2012

Nota Patah Hati

Menunggu pada yang tidak pasti. Umpama menanti sungai yang tak berpenghulu.


p/s : jangan tunggu..

Taman Bunga

Kita cinta dengan apa yang kita cinta,
tapi kalau kita memilih dengan apa yang kita cinta,
itu namanya bukan cinta,

p/s : tapi nafsu..

Friday, April 13, 2012

Nota Kaki

Bercinta tak semestinya atas nama couple,
Dan ber'couple' bukanlah jaminan hidup bersama..

p/s : tolong..jangan couple!

Nota Cita-cita

Cinta menyempitkan cita-cita,
Tapi cita-cita membuka luas pintu-pintu cinta,
Jangan hadkan batas potensi diri selagi masih bernadi.

p/s : belajar sampai bila bila..

Nota Ringkas

Benang benang hidup melintang digarisan usia,
Tersimpul di pertengahan cerita,
Adakalanya kecewa memberi makna berbeza,
Antara manusia dengan manusia..

p/s : baca dan jangan faham

Selamat Pagi.. :)

Titis warna terhampar didada laut,
Menyusur diredup mata,
Menguntum senyum suria pagi,
Carik awan dan serpih cahaya
di anjung langit,
Terbias dikaki air,
Tersisa dipandangan mata,
Selamat pagi dunia..


Nota Sisi

Aku terperosok di sudut gelap disebalik warna warna terang
yang terbeza antara hitam dan kelam,
Timbul tenggelam wajah semalam menerpa dari pandangan belakang,
Dan tenggelam dalam pekat angin hitam yang mengaburkan pandangan,
Lalu aku kutip cebis kenangan bercantum menjadi hiasan di taman perasaan,
Mendongak ke awan menyapa kilauan bintang bintang,
Menerang langit malam,
Bangunkan aku dari mimpi yang panjang dan kembali melukis
impian di laman kenyataan..

p/s : semua orang pernah jatuh tapi beranilah untuk bangun semula kerana itulah yang membezakan kita dengan mereka mereka yang berputus asa

Thursday, April 12, 2012

Nota Tepi

"Harta dan kemewahan hidup adalah asas yang paling penting dalam mencipta sesebuah perhubungan dan mengekalkan keharmonian dalam hubungan untuk jangkamasa panjang" - Materialistikushekwekhaktuih!!

Sekian melaporkan.

Haluan Kiri

Ok, kali ni aku nak tulis cerita yang lain sikit, nak cakap pasal pahlawan dulukala. Tiba tiba terlintas kat kepala aku nama Jebat. Siapa Jebat?? Sejarah Melayu ada merungkaikan Jebat adalah Kasturi. Sesetengah berpendapat kebenaran sengaja ditutup bagi menjaga maruah keturunan Kasturi & watak Jebat dicipta. Ok, lupakan sekejap asal usul nama Jebat..

Aku..bukanlah pencinta @ penggila watak antagonis tapi cara Jebat berjuang menarik minat aku & aku percaya masih ramai yang sependapat biarpun Jebat hanyalah agenda ideologi bagi menutup kebenaran.
Sejak kecil kita dipertontonkan media sekeliling bahawa Jebat adalah penjenayah, penderhaka, penyangak tapi sejauh mana kebenarannya?? Cerita akan berubah dari generasi ke generasi, penceritaan yang beredar dari zaman ke zaman.


Tuah & Jebat, warisan Melayu yang terkenal kerana kesetiaan & penderhakaan. Kenapa Jebat dibunuh? Kerana derhaka? Memang betul niat tidak menghalalkan cara. Walaupun niatnya murni tapi caranya kejam, sesat & tak terkawal. Kemarahan kepada sultan yang membawa kepada kematian ribuan nyawa tak bersalah, dan itu hanyalah cerita yang tersampai dari generasi terdahulu. Siapa tahu kebenarannya? Warna cerita disebalik tabir kabur & penuh kegilaan (sensitiviti). Kemarahan & membalas dendam hanyalah satu cara untuk membela keadilan, menuntut bela kematian sahabat yang dianiaya.

Jebat, si penderhaka mengajar aku erti setiakawan, keberanian.. perjuangan epik menentang kuasa mahkamah adalah satu contoh kebangkitan menentang kezaliman & feudalisme. Perjuangan menentang orang orang yang menyalahgunakan kuasa & orang orang yang berdiri di jalan mereka. Kesetiaan adalah harganya.

Bagaimanapun keperluan untuk melindungi ketuanan Melayu perlu ditanggung oleh Tuah, boneka sebuah pemerintahan yang zalim. Membunuh Jebat atas junjungan perintah sultan. Mereka adalah alat yang diperguna oleh golongan berkuasa. Meskipun tanpa jasad, semangat Jebat tetap hidup dalam hati golongan yang tertindas. Jebat akan kembali, bangkit di dalam hati penentang kezaliman, kerana legasi Jebat akan berterusan & takkan terpadam. Dan aku adalah salah seorang daripadanya.




p/s : Selamat memangkah!

Diam Bukan Melupakan

Sebuah diam berinteraksi dgn malam, 
Kawanan seribu bintang memerhati dari gerakan perlahan, 
Diam yg x pernah melupakan, 
Diam yg merindu dari kejauhan, 
Menanti jika ada yg berubah fikiran, 
Menunggu hadir dalam sekilas pandang, 
Dalam kepantasan masa berjalan, 
Ingin saja dilupakan semalam dalam keputusasaan, 
Aku perlukan cahaya berlebihan utk menyuluh masa depan, 
Saki baki perjalanan yg masih panjang, 
Perjuangan mengejar hujung harapan, 
Melalui hari hari yg terang benderang, 
Menggenggam kemas kesempatan yg terlintas di depan, 
Semoga tak terlena dibuai indahnya angan angan, 
Terima kasih tuhan dan malam dan bintang bintang..."


p/s : diam..

Aku Jatuh Cinta

Ibarat butanya cinta sehingga boleh mengubah pondok kayu menjadi istana emas berkilauan, indahnya..
Namun betapa hebatnya cinta, ia perlu didasari oleh akal fikiran & batas batas agama. Hubungan cinta yang harmonis dibina atas rasa kepercayaan & saling memberi & menerima..
Cinta bukanlah kata murah & lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah & suci jika manusia dapat menilai kesuciannya..
Ironinya ramai yang mengatakan cinta itu tak bersyarat sedangkan zaman sekarang adalah zaman 'darurat'.. takde harta takde rupa jangan harap nak mengorat..

 p/s : diri sendiri yang tersinggung..(- -")

Sunday, April 8, 2012

Suka Jadi Sayang..

Suka hanyalah cabang deria untuk mengekspresikan rasa 
teruja terhadap subjek yg mendorong kpd keindahan yang 
terzahir pd pandangan mata akal.


Perasaan sayang bermula dari rasa suka yg turun ke hati 
membentuk sebuah kejujuran & keikhlasan atas dasar 
kemanusiaan.


p/s : aku cuma manusia biasa yang punya bermacam rasa..

Ntah Aku Pun Tak Paham..

Aku bukan madu yg memberi rasa, 
Bukan juga racun yg meluntur rasa, 
Ujudku sekadar memenuhi ruang kosong antara ketika sebelum kita, 
Untaian rasa bercantum menjadi sajak cerita, 
Mekar sehingga aku lupa pada siapa aku mencurah rasa, 
Gelincir dan terus tenggelam dalam perasaan, 
Terang pada satu ketika bunga layu sebelum berkembang, 
Kelopak perasaan berguguran dalam gelora pernafasan, 
Aku yg hilang dalam ingatan, 
Aku yg lenyap dan terkesan, 
Jangan disimpan rasa sayang kalau takut kehilangan, 
Salam..

p/s : hak2..ayat ni aku rangkai sebab aku rasa aku di 'reject',bagi sesape yg kena reject & cinta yg x kesampaian,bwk2 laa sabar,lelaki kena cool,jgn tunjuk sgt emosi tu..