niat.. cakap pasal niat ni aku dari dulu lagi dah tanam niat dlm hati suatu hari aku akan berubah. maksud aku berubah daripada x baik kepada baik.. senang cerita dlm konteks kematangan & kesedaran diri...
matang.. dari dulu sampai sekarang aku x pernah rasa yg aku ni matang secara semulajadi @ dlm erti kata matang seikhlas matang..hah! selama ni aku matang pun sebab dibuat2, berlandaskan sebab2 aku rasa munasabah walaupun sebenarnya tak.. mak aku cakap org lelaki ni memang lambat matang, contoh terdekat, abang aku..meyh...umur dah lebih suku abad, dah beranak bini tp masih layan ultraman..power rangers, masked rider sume dia rembat..x terkecuali aku pun join skali..heh!
berbalik pada statement yg aku highlight kat atas -sebab2 yg aku rasa munasabah walaupun sebenarnya tak- hah! tu adalah niat, tp niat yg x ikhlas - niat aku nak berubah sbb nak tackle pompuan-
sebelum ni aku dah tersuka kat sorang pompuan tanpa disengajakan..maknanya jatuh cinta larrr tu..usha punya usha akhirnya aku dapat signal thumbs up walaupun pada mulanya x brape nak layan..tp usaha tu kan tangga kejayaan.. lame2 tu kitorang bermesej & aku rasa aku semakin rapat dgn dia walaupun baru je mesej 5-6 keping.. maksud aku syok sendiri larrr tuh..
dari situ aku cuba kenal hati budi dia, kali ni aku rasa yg aku memang betul2 syok kat dia.. 99.9% .. spy punye spy lame2 aku dah boleh baca perangai dia camne.. bagi aku dia ok, tegas, x suka main2, matang... matang? pendek kata sume sifat2 dia berlawanan sama sekali dgn sifat2 aku yg mcm budak bawah umur.. tapi aku lagi suka.. aku dapat rasa yg kitorang akan saling melengkapi antara 1 sama lain walaupun dia x berfikir mcm aku pun.. dia suka lelaki yg matang, macho, gentle...aku ada ke aset2 camtu? dang! sama skali tak! jadi start dari situlah aku mula pasang niat untuk berubah, aku nak jadi matang, kerana seorang pompuan..ok kan? tapi apa relevannya sedangkan aku sendiri pun x tau yg dia pun syok kat aku @ layan ala kadar je..
masuk bab aspek kesedaran diri.. aku amek contoh paling dekat -merokok- ..disebabkan nak tackle awek punye pasal aku semakin ghairah nak berubah. aku cuba jadi matang, dia pun pernah cakap x suka lelaki merokok, aku mula berhenti hisap rokok.. aku cuba ubah & bentuk diri aku mengikut acuan orang lain, walaupun ke arah kebaikan tapi hati aku x ikhlas. niat aku dikudakan kehendak orang lain..memang larr benda tu rasional tapi x kena. sampai laa pada 1 masa tu rasa syok sendiri aku tu bertukar rupa a.k.a keciwa.. -walaupun dulu aku x suka pompuan tp rocker pun ada perasaan meh!-
tapi sume yg enak2 tu x lama.. rasa syok aku yg giler2 kat dia dulu dah hilang.. ntah kat mana silap mesej aku x berbalas, aku call dia x jawab.. panjang kata kami dah x mcm dulu @ dari dulu lagi dah rupa camtu sebab aku ni memang kuat perasan. hah!.. bila dah jadi camtu niat ntah kemana, matang ntah kemana, rokok balik ke mulut... lama2 aku mula sedar xde org boleh ubah diri kita melainkan kita sendiri yg berkehendak kepada perubahan tu.. apa yg aku cuba sampaikan kat sini niat memainkan peranan penting dlm proses perubahan kita.. tp kalau niat pun dah bertentangan dgn tujuan asal luruslah camne pun lama2 bengkok balik.. benda tu xkan kekal kalau bukan sebab niat yg ikhlas dari hati yg insaf.. berubah untuk diri sendiri.. walaupun aku x faham kenapa suka kat seseorang pun x semestinya menggembirakan, ia x semestinya pilihan yg terbaik tapi lebih baik ke kalau sebaliknya? begitupun, rasanya aku dah faham maksud xde jodoh..
tiba2 sekarang aku rasa sangat selesa.. sampai x tau nak buat apa.. aku nak berubah untuk diri sendiri, aku nak cari kegembiraan, kebahagiaan & masa depan sendiri. jadi, manusia x semestinya kena ikut jalan @ kata orang lain, yg penting adalah perasaan sendiri. mungkin hari ni bernasib malang tapi... jgn sesekali berputus asa untuk hari esok..nakkan esok jadi menarik? kita sendirilah kena berusaha untuk terus hidup.. kita bukan hidup untuk orang lain, segalanya untuk diri kita sendiri.. kita boleh berubah.. perubahan tu sesuatu yg subjektif.. jadi apa perlu kita dengar cakap orang...
p/s : sekarang aku dapat rasa.. yg perubahan aku ni.. memang ikhlas..
No comments:
Post a Comment