Wednesday, July 20, 2011

Nota Tunjuk Sebab..

manja.. sifat yg sinonim dgn wanita.. bercerita pasal sifat ni apa yg terlintas kat kepala kita ; sentimental, sensitif, kuat merajuk & comel .. tapi apa yg aku nak ketengahkan kat sini ialah lelaki manja.. bunyi cam geli je tapi x geli pun.. heh.. x salah sebenarnya kalau lelaki manja.. bagi aku manja ni natural untuk sesape je.. yakni jantan mahupun betina kerana manja ni bersifat universal.. definisi manja tu meluas.. x mengira spesis.. sesape pun berhak untuk manja walhal bermanja dgn diri sendiri pun..

lelaki manja x semestinya manja atau dalam erti kata mahukan lebih perhatian & kuat merajuk.. sebab aku sendiri pun pernah dipanggil manja oleh perempuan (sebab takut kucing) walaupun aku x manja pun sebenarnya.. tapi aku x kesah dilabel sebegitu sebab aku tahu aku macho.. dilabel sebagai manja x semestinya aku spesis lembut,huh.. x cool k.. sesetengah komuniti khususnya wanita berpendapat lelaki manja ni bukan lelaki sejati.. aku x setuju & ni adalah satu diskriminasi & x adil.. golongan lelaki manja ni x semestinya bersifat feminin.. ambil contoh terdekat, diri aku sendiri.. ok larr..aku mengaku aku manja.. tapi aku tetap maskulin.. ada ciri2 seorang adiwira malaya yakni hero gadis2.. apa x cukup lagi ke untuk dilabel sebagai seorang lelaki sejati?

pendapat aku larr, sifat manja lelaki ni adalah satu mekanisma untuk menolak sentiment negatif keegoan dalam diri mereka yakni saling meneutralkan antara satu sama lain.. disamping tu sifat ego pon perlu bagi seorang lelaki.. sekalipun manja, lelaki tanpa ego ibarat lipan tanpa sengat.. kerana ego adalah simbolik keberanian.. ambil satu perumpamaan ringan, anggap laa manja tu gula dan ego tu cuka.. hah.. neutral kan.. sebenarnya disebalik kemanjaan lelaki ni tersembunyi sifat ego dan pada kebiasaannya lelaki yg manja adalah lelaki ego,percaya tak?? cool kan.. dan ego adalah sumber kejantanan bagi kaum lelaki.. kan2..

sejauh mana manjanya golongan lelaki manja ni bagi aku xde laa sampai tahap tergedik2.. dan apa akan jadi apabila lelaki, spesis yg gagah ni jika dilabel manja oleh kaum wanita? bagi aku tu adalah satu penghormatan.. dan bagi lelaki manja, berbanggalah dgn kemanjaan tu.. amy search pun manja meh.. sebab tu laa dia sentiasa nampak muda.. rocker steady cool.. justeru bagi lelaki2 kat luar sana bangkitlah dan serlahkan kemanjaanmu kerana manja itu menawan..

p/s : saje2..aku xde idea..ntahapehape! chow!

Friday, July 8, 2011

Angel Aku..

ibu.. mama.. ummi.. mak... tu antara gelaran yg kita guna seharian untuk seseorang yg berperanan besar disebalik wujudnya kita kat muka bumi ni.. tanpa mereka wujud ke kita? yela memang bukan mereka yg mencipta tapi kerana merekalah yg menjadi talian antara kesinambungan roh & jasad yg mewujudkan kita hari ni.. kewujudan untuk 1 kehidupan.. dan tanpa mereka x mungkin kita kenal facebook.. maksud aku bagi mereka2 yg hidup untuk facebook.

sepenting mana seorang ibu dalam hidup kita? bagi aku mak aku sama penting dgn diri aku @ mungkin lebih penting.. yeke? tanya diri sendiri sejauh mana korang sayang mak korang? sama cam korang sayang akaun facebook korang @ sama cam korang sayang kekasih (bagi spesis yg lorat couple) ? dan sejauh mana korang sayang kekasih korang? sama cam korang sayang diri sendiri @ mungkin lebih dari tu.. dan aku rasa lebih berbaloi berjasa pada mak drp buat buat jasa kat facebook sebab facebook xde tapak kaki..

mak aku.. bagi aku semacam angel larr.. sentiasa menjaga aku, sakit demam aku.. sedih happy aku dia je yg betul2 tau.. yg sentiasa menjaga aku dari kecik sampailah aku besar & panjang serba serbi.. walaupun x selalunya aku dapat sume benda yg budak2 sebaya aku dapat tapi aku syukur sebab dapat kasih sayang dari seorang ibu.. aku membesar dgn cara susah.. dulu masa kecik x sume benda yg aku nak aku boleh dapat.. x macam bebudak lain.. pernah dulu aku mintak mak aku beli beskal, masa tu sekolah darjah.. ye larr sume budak2 sebaya aku pegi sekolah dgn beskal.. cume aku sorang je yg jalan kaki.. sedih mehhh.. malu pun ada.. 

mak aku pernah janji nak belikan hadiah kalau aku dapat top ten dalam kelas.. tapi aku bagi first class punya.. 2 kali aku leading kelas.. dapat no 1 mehhh.. hah! dgn jiwa raga yg bangga aku tuntut hadiah yg dijanjikan.. aku mintak beskal.. tp yg aku dapat.... tilam je.. mak aku x mampu & aku merungut sampai laa aku sedar & faham, walaupun x mampu mak aku sentiasa buat segala2 yg terbaik untuk anak dia.. walaupun cuma sekadar tilam untuk alas tidur tapi untuk anak2 tidur dgn lena lebih besar maknanya bagi seorang ibu.. hidup dgn cara susah hanyalah 1 cara untuk mengajar kita memahami makna hidup tu sendiri.. takdir yg dah ditetapkan dari azali bagi mereka2 yg Dia kehendaki.. jadi kita sebagai manusia kena laa terima seadanya kerana hikmah disebalik kesusahan tu telah diperuntukkan dgn seadilnya... jadi kena laa yakin..

masa berjalan & usia meningkat.. bagi belia2 yg seusia aku nilah masa yg terbaik untuk kenal dunia luar.. merantau @ dalam erti kata berhijrah samada bekerja @ hidup dalam suasana baru, dunia baru... tapi x bagi aku.. memanglah merantau ke luar tu bagus, jauh perjalanan luas pemandangan.. fikiran pun terbuka.. frasa tu untuk orang lain mungkin ye tapi aku x.. dan sekarang dah tiba masa untuk aku jadi hero mak aku pulak.. bagi aku dapat hidup dgn org tersayang lebih penting dari kemewahan & bagi seorang ibu, anak adalah harta yg x ternilai.. sedarkah kita? kita sebagai anak berada disisi ibu yg memerlukan akan membuat hatinya tersenyum.. bagi aku lebih bermakna dari menjadi orang dewasa yg hanya pentingkan duit & nama..

aku pernah dengar pepatah arab "biarkan takdir itu mengikut prosesnya, tidurlah dgn hati yg lapang, diantara pejam & celik itu Allah akan mengubah dari 1 keadaan ke 1 keadaan yg lain"... apa yg dapat aku related kan antara pepatah tu dgn cerita aku ni adalah takdir & rezeki.. takdir kita.. tuhan xkan menganiaya hamba-Nya atas jalan cerita yg ditulis-Nya.. ada hikmahnya disebalik setiap kejadian.. rezeki.. bagi aku rezeki tu ada kat mana2 tp ibu kat rumah je tempatnya.. rezeki kita dah ditetapkan sebelum kita lahir ke dunia, jadi x perlu laa terlalu taksub dgn kerjaya.. nak hidup mewah? kita sendiri adalah jaminan kemewahan tu.. diri sendiri..

justeru, apa yg cuba aku sampaikan kat sini.. sebaris senyuman ibu lebih bernilai dari sekarun harta... 
kasih sayang seorang ibu tu akan sentiasa hidup dalam jiwa walaupun dia dah berada di dunia lain.. pengaruh seorang ibu begitu kuat dalam diri kita yg bergelar anak.. bahkan pengaruh yg boleh mengubah dunia..

p/s : macam yg kawan aku cakap.. "tangan yg mengayun buaian bisa mengoncang dunia".. chow!


Thursday, July 7, 2011

Berubah Untuk Diri Sendiri..

niat.. cakap pasal niat ni aku dari dulu lagi dah tanam niat dlm hati suatu hari aku akan berubah. maksud aku berubah daripada x baik kepada baik.. senang cerita dlm konteks kematangan & kesedaran diri...
matang.. dari dulu sampai sekarang aku x pernah rasa yg aku ni matang secara semulajadi @ dlm erti kata matang seikhlas matang..hah! selama ni aku matang pun sebab dibuat2, berlandaskan sebab2 aku rasa munasabah walaupun sebenarnya tak.. mak aku cakap org lelaki ni memang lambat matang, contoh terdekat, abang aku..meyh...umur dah lebih suku abad, dah beranak bini tp masih layan ultraman..power rangers, masked rider sume dia rembat..x terkecuali aku pun join skali..heh!

berbalik pada statement yg aku highlight kat atas -sebab2 yg aku rasa munasabah walaupun sebenarnya tak- hah! tu adalah niat, tp niat yg x ikhlas - niat aku nak berubah sbb nak tackle pompuan-
sebelum ni aku dah tersuka kat sorang pompuan tanpa disengajakan..maknanya jatuh cinta larrr tu..usha punya usha akhirnya aku dapat signal thumbs up walaupun pada mulanya x brape nak layan..tp usaha tu kan tangga kejayaan.. lame2 tu kitorang bermesej & aku rasa aku semakin rapat dgn dia walaupun baru je mesej 5-6 keping.. maksud aku syok sendiri larrr tuh..

dari situ aku cuba kenal hati budi dia, kali ni aku rasa yg aku memang betul2 syok kat dia.. 99.9% .. spy punye spy lame2 aku dah boleh baca perangai dia camne.. bagi aku dia ok, tegas, x suka main2, matang... matang? pendek kata sume sifat2 dia berlawanan sama sekali dgn sifat2 aku yg mcm budak bawah umur.. tapi aku lagi suka.. aku dapat rasa yg kitorang akan saling melengkapi antara 1 sama lain walaupun dia x berfikir mcm aku pun.. dia suka lelaki yg matang, macho, gentle...aku ada ke aset2 camtu? dang! sama skali tak! jadi start dari situlah aku mula pasang niat untuk berubah, aku nak jadi matang, kerana seorang pompuan..ok kan? tapi apa relevannya sedangkan aku sendiri pun x tau yg dia pun syok kat aku @ layan ala kadar je..

masuk bab aspek kesedaran diri.. aku amek contoh paling dekat -merokok- ..disebabkan nak tackle awek punye pasal aku semakin ghairah nak berubah. aku cuba jadi matang, dia pun pernah cakap x suka lelaki merokok, aku mula berhenti hisap rokok.. aku cuba ubah & bentuk diri aku mengikut acuan orang lain, walaupun ke arah kebaikan tapi hati aku x ikhlas. niat aku dikudakan kehendak orang lain..memang larr benda tu rasional tapi x kena. sampai laa pada 1 masa tu rasa syok sendiri aku tu bertukar rupa a.k.a keciwa.. -walaupun dulu aku x suka pompuan tp rocker pun ada perasaan meh!-

tapi sume yg enak2 tu x lama.. rasa syok aku yg giler2 kat dia dulu dah hilang.. ntah kat mana silap mesej aku x berbalas, aku call dia x jawab.. panjang kata kami dah x mcm dulu @ dari dulu lagi dah rupa camtu sebab aku ni memang kuat perasan. hah!.. bila dah jadi camtu niat ntah kemana, matang ntah kemana, rokok balik ke mulut... lama2 aku mula sedar xde org boleh ubah diri kita melainkan kita sendiri yg berkehendak kepada perubahan tu.. apa yg aku cuba sampaikan kat sini niat memainkan peranan penting dlm proses perubahan kita.. tp kalau niat pun dah bertentangan dgn tujuan asal luruslah camne pun lama2 bengkok balik.. benda tu xkan kekal kalau bukan sebab niat yg ikhlas dari hati yg insaf.. berubah untuk diri sendiri.. walaupun aku x faham kenapa suka kat seseorang pun x semestinya menggembirakan, ia x semestinya pilihan yg terbaik tapi lebih baik ke kalau sebaliknya? begitupun, rasanya aku dah faham maksud xde jodoh..

tiba2 sekarang aku rasa sangat selesa.. sampai x tau nak buat apa.. aku nak berubah untuk diri sendiri, aku nak cari kegembiraan, kebahagiaan & masa depan sendiri. jadi, manusia x semestinya kena ikut jalan @ kata orang lain, yg penting adalah perasaan sendiri. mungkin hari ni bernasib malang tapi... jgn sesekali berputus asa untuk hari esok..nakkan esok jadi menarik? kita sendirilah kena berusaha untuk terus hidup.. kita bukan hidup untuk orang lain, segalanya untuk diri kita sendiri.. kita boleh berubah.. perubahan tu sesuatu yg subjektif.. jadi apa perlu kita dengar cakap orang...

p/s : sekarang aku dapat rasa.. yg perubahan aku ni.. memang ikhlas..

Sekadar Peringatan..Untuk Teman & Aku..

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan.

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun betapa singkatnya kalau kita melihat filem. 


Betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang-panjang. 


Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.


Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-Qur'an tapi betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.


Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid.


Betapa mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa. 


Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu namun betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk event yang menyenangkan. 


Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam Al-Qur'an namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.


Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Qur'an. 



Betapa takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema. 


Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau
berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa. 



Betapa kita dapat menyebarkan seribu kelucuan melalui e-mail, 
dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun
kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya, serta terus klik pada icon DELETE .
ANDA TERTAWA ...? atau ANDA BERFIKIR-FIKIR,,,?
Sebar luaskanlah & bersyukurlah
kepada ALLAH, YANG MAHA ESA, PENGASIH
DAN PENYAYANG
.



Apakah tidak lucu apabila anda tidak memFORWARD pesan ini. Betapa banyak
orang tidak akan menerima pesan ini, kerana anda tidak yakin bahawa mereka
masih percaya akan sesuatu?



p/s : copy paste