lelaki manja x semestinya manja atau dalam erti kata mahukan lebih perhatian & kuat merajuk.. sebab aku sendiri pun pernah dipanggil manja oleh perempuan (sebab takut kucing) walaupun aku x manja pun sebenarnya.. tapi aku x kesah dilabel sebegitu sebab aku tahu aku macho.. dilabel sebagai manja x semestinya aku spesis lembut,huh.. x cool k.. sesetengah komuniti khususnya wanita berpendapat lelaki manja ni bukan lelaki sejati.. aku x setuju & ni adalah satu diskriminasi & x adil.. golongan lelaki manja ni x semestinya bersifat feminin.. ambil contoh terdekat, diri aku sendiri.. ok larr..aku mengaku aku manja.. tapi aku tetap maskulin.. ada ciri2 seorang adiwira malaya yakni hero gadis2.. apa x cukup lagi ke untuk dilabel sebagai seorang lelaki sejati?
pendapat aku larr, sifat manja lelaki ni adalah satu mekanisma untuk menolak sentiment negatif keegoan dalam diri mereka yakni saling meneutralkan antara satu sama lain.. disamping tu sifat ego pon perlu bagi seorang lelaki.. sekalipun manja, lelaki tanpa ego ibarat lipan tanpa sengat.. kerana ego adalah simbolik keberanian.. ambil satu perumpamaan ringan, anggap laa manja tu gula dan ego tu cuka.. hah.. neutral kan.. sebenarnya disebalik kemanjaan lelaki ni tersembunyi sifat ego dan pada kebiasaannya lelaki yg manja adalah lelaki ego,percaya tak?? cool kan.. dan ego adalah sumber kejantanan bagi kaum lelaki.. kan2..
sejauh mana manjanya golongan lelaki manja ni bagi aku xde laa sampai tahap tergedik2.. dan apa akan jadi apabila lelaki, spesis yg gagah ni jika dilabel manja oleh kaum wanita? bagi aku tu adalah satu penghormatan.. dan bagi lelaki manja, berbanggalah dgn kemanjaan tu.. amy search pun manja meh.. sebab tu laa dia sentiasa nampak muda.. rocker steady cool.. justeru bagi lelaki2 kat luar sana bangkitlah dan serlahkan kemanjaanmu kerana manja itu menawan..
p/s : saje2..aku xde idea..ntahapehape! chow!
No comments:
Post a Comment