Wednesday, November 17, 2010

Pelangi Selepas Hujan

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.
Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
Jawabnya senang,

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. 

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

Aku & Kamu

Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu sahabat..

Mencipta Masa Depan

Memang mudah terlintas maksud turutan perkataan tersebut di dalam minda kita. Namun adakah ia sama dengan pemikiran orang lain? Sudah tentu ianya berbeza dan sering bercanggah antara satu sama lain.
Dalam pada itu sebenarnya telah wujud persamaan antara perbezaan pemikiran tadi.

Walau bagaimanapun mungkin anda boleh bersetuju dengan saya sekiranya saya mengatakan maksud yang sebenar bagi perkataan-perkataan tersebut adalah sama dengan satu perkataan iaitu cita-cita. Cita-cita membawa maksud harapan dan impian yang cuba direalitikan oleh setiap insan yang bergelar manusia pada masa hadapan. Ada bermacam cita-cita yang boleh kita impikan. Doktor, guru, arkitek, usahawan berjaya, jurutera, dan banyak lagi pekerjaan yang sering kita impikan. Namun begitu, ada juga manusia yang bercita-cita sesuatu perkara yang negatif contohnya merompak, melepak, menganggur, menyemak tepi kaki lima, kutu rayau, sekadar berfoya-foya, raja judi, perogol dan sebagainya.

Semua yang disenaraikan ini adalah berkaitan dengan cita-cita makhluk yang bergelar manusia. Cita-citalah yang mempengaruhi seseorang manusia itu untuk belajar. Sebagai contoh,  seseorang itu mempunyai keinginan untuk menjadi seorang guru. Walau bagaimanapun, syarat untuk menjadi seorang guru mesti memiliki kelulusan sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda. Untuk memiliki ijazah sarjana muda pula kita harus melanjutkan pelajaran ke universiti terlebih dahulu. Seseorang itu juga perlu menghabiskan pelajarannya di peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dahulu sebelum dapat melanjutkan pelajaran ke universiti. Begitulah selanjutnya sejak daripada peringkat tadika lagi.

Sememangnya ada turutan tersebut dalam meniti kehidupan. Namun, adakah turutan itu terasa kelazatannya? Kelazatan di sini bermaksud sejauh mana kita berusaha menempuh hidup yang diimpikan itu. Sesungguhnya impian tidak semestinya tercapai. Namun ia tidak mustahil untuk dicapai. Hanya fikiran yang menentukan keberjayaan kita memperoleh apa yang kita inginkan pada masa depan. Di dalam liku-liku hidup ini, berusahalah mengikut landasan dan keperluan yang betul. Bukan sahaja kita akan memperoleh impian yang sekian lama kita simpan, kita juga akan memperoleh kenikmatan dan juga kebahagiaan di dalam hidup ini. Namun, sebagai manusia sudah pasti ada yang membataskannya.

Pastikan ia mengikut landasan syariat yang betul dan tidak menyeleweng supaya hidup bermasyarakat sentiasa dalam keadaan seimbang dan harmoni senantiasa. 
InsyaAllah...

Tuesday, November 16, 2010

Bagaimana Bercouple Cara Islam?

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?
Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.
Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termeterainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.

Masyarakat Sudah Lari

Cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.
Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan.

Konsep Meminang

Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempuan itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.
Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan.
Namun begitu, bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.
Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu menjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?

Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sistematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan~

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila"... jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.


"Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat." - Rabie Rusdi

Aku Tak Marah..

3 hari b'lalu......
hati aku x tenang, mgkin rndu kot...Salmah..kwn aku, tmpt mngadu aku..pdhal dia sndiri pon ade mslh..aku je y x tau..dia laa y bagi nasihat2 kat aku, bagi semangat time aku down..dia bg sesuatu kt aku, msj ni...,

Sekadar Renungan....

"(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram,"
(Ar-Ra'd:28)

sewaktu kita berasa kacau dan diamuk resah, lantaran hidup yang serba tidak kena dan menuntut masa yang lebih dari kita, maka ingatlah tidak ada siapa pun yang boleh menenteramkan hati kita sehebat ALLAH.
telah berkata bijak pandai zaman dahulu..

."Yang menyenangkan hati itu adalah dengan melihat wajah orang yang dicintai," (Al-Aidh Qarni, La Tahzan)

apabila hati selalu mengingati makhluk-Nya yang masih belum halal untuk kita, sedikit demi sedikit hati itu akan menggelap. noda-noda hitam akan bertepekan di dalamnya. sebab itu apabila para sahabat, mereka solat dengan khusyuk dan seterusnya memperoleh kekuatan baru selepas bersolat, kita tidak akan dapat merasakan apa-apa. sekadar hambar dan tawar yang menyelubungi hati...

mahu menenteramkan hati dan mengadukan masalah?
solat, doa, istighfar, zikir, membaca ayat-ayat-Nya...

ALLAH sentiasa dekat dan tidak menjauh dari kita. cuma kita sahaja yang menjarakkan diri kita daripada-NYA...

"Dan apabila hamba-hamba-KU bertanya kepadamu tentang AKU, maka (jawablah) bahawasanya AKU adalah dekat. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKU, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah)KU dan hendaklah mereka beriman kepadaKU agar mereka selalu berada dalam kebenaran,"
(Al-Baqarah:186)

"Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk,"
(Al-Baqarah)

Tipah..aku cube bg dia mase, dlm kecewa aku cube prtahankn tndakannye dlm perspektif aku..aku cube fikir positif..mgkin henfon dia hilang? atau mgkin juge kna curi? laki y jwb call hari tu mgkin pragut kot...xkn la dia sngaja wt aku cmtu...mlm slps tu aku dpt msj dia..'sori..sy mtk mf bnyk2..sy slh kt awk'...'sy jahat kn..' 'mesti awk skit hati..' telahan y baik2 aku bg kt dia aku rase hancus camtu je...dia sngaja wt camtu kt aku..kenapa? sape laki y jwb call hari tu? ntah..aku pon mls fikir pnjg2, serabut..'sy x marah'..aku bls msj dia skdr mnyedapkn hati sndiri, klau ikutkn hati nk je aku call..tengking2 dia tp aku x smpai hati, sape la aku, dia awek aku ke? x..aku cume kwn dia je..ape hak aku nk marah2 dia? mgkin sume jd camtu sbb aku sndiri y daif..aku akhiri msj 4 kerat mlm tu ngn 'terima kasih,slmt mlm'..mls nk fikir ape2..teringat msj y Salmah bg..emmm..esok jelah aku bace..

~pg ni aku bgun awal..x nk fikir lg psl cnta manusia..msj2 y Salmah bg aku teliti satu persatu... 'best jd kuat ni..bile kita kuat org2 skeliling pon akn jd kuat..automatik'...aku teringat kate2 Salmah...pdhal mslh dia lg bsr dr aku, ayah dia sakit xprnh pon aku g jenguk..dia prnh ckp menangis is better than bersedih..btol ke? dia menangis ade aku amik tau, y aku tau cume prsaan aku je, aku mmg pntingkn diri sndiri...tp dia kuat, xmcm aku..mse dia ssh xde pon nk mgadu..bile kita kuat org skeliling pon turut akn jd kuat, btul kate dia, aku dh mula rase kekuatan tu..dlm fikiran tgh melayang aku rase tenang je..bkn sbb cnta tp lbih dr tu, erti persahabatan...kesian dia..insyaallah tuhan sntiasa ingt pd hmba2 y mengingati-Nya......

..btul kate Salmah..menangislah sepuasnye, zahirkan rase, aku cume manusia biasa..cnta manusia y aku kejar tp aku lupa cnta pd Dia..

'ALLAH sentiasa dekat dan tidak menjauh dari kita. cuma kita sahaja yang menjarakkan diri kita daripada-NYA..' Dia bkn teman mse kite sunyi je tp pd semua rase Dia ade dlm hati kite...'

marilah kita atasi masalah dengan cara yang lebih berkat, gunakan talian bebas tol 24 jam, nak mengadu pun x perlu sshkn member2..x payah nak cover2 bila orang lain nmpk kita menangis, x usah menekan2 punat henfon, x payah habiskan syiling untuk digunakan di public fon, x payah buat appointment, x payah susah2 naik bas atau drive, cuma beribadah, berdoa dan bertawakal kepada Nya..kan senang?

sesukar manapun k'daan, mengadulah pd pencipta kita..ingtlah kpdNya tatkala senang atau sebaliknya..

skrg aku dh phm ngn mksd 'jodoh'... kini aku sedar mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya, kita tak akan berkahwin dengan seseorang atas sebab suka, jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. bercinta mungkin..tetapi bukan berkahwin..kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali..tak mustahil orang yang paling kita benci itulah jodoh kita...cinta manusia ni btul2 wt aku leka.. lupe kt tuhan..

bkn m'cari salah, skadar berkongsi rasa tp..aku x marah, krana Tipah dh sedarkn aku dr lamunan y pnjg.... tiada cinta sehebat cnta untuk Pencipta...

aku x marah.... :)


Aku Marah..

Tipah...
ntah ape aku rase aku sndiri pon xtau...perkenalan maya 7 bulan lps y aku sndiri pon xleh agak mcm mane akhirnye, drpd seorang 'anti gurl' aku tibe2 jadi sentimental, ntah kenapa..asalnye cume2 nk kacau2 last2 aku sndiri tersuka kt dia, mane hilang prinsip aku, aku dh x amik hal, bg aku asalkn aku happy aku dh x kesah ape org nk kate, xde pndirian?? mgkin ar kot...
...tu 6 bulan lps... 

'nanti dh smpai sy helo awk k' ...4 hari lps....
Tipah..aku sndiri pon xtau dia schoolmate sekolah rendah aku..kmpung pon sebelah mnyebelah je.. xpnh jmpe, knl pon x.. pelik? skrg dia dh keje kt Selangor..mgkin tkdir aku knl dia kt fb, dh aku tgok cute aku add jelah..
bulan lps...hari lahir aku,
berbekalkn kredit free bonus y celcom bg aku call dia..smggu jgk la tlinga aku ni mlekat kt henfon...tup tap tup tap lame2 kitorg makin rapat smpaikn aku sndiri pon xsdar bile mase aku tersuka kt dia..aku hanyut dlm prasaan sndiri, ntah ape dia rase aku pon xtau, mgkin aku ni sekadar kwn je kot, tp xpe..aku xkesah jnji hati aku happy, mmg aku pntingkn diri..aku xkesah...bkn sng aku nk dpt feeling cmni, sesekali dtg tu xkn aku nk lps cmtu je..rugi, drpd sorg y bncikn pmpuan slow2 aku dh tersuka kt ssorg..tnpa aku sedar..ok la tu walaupon aku tau dia xrase ape2 pon..xkesahlah...7 bln berlalu aku rase cam kitorg dh mcm kkasih tp xpon sbnrnye..'okeh nanti awk blik sy blanje Pizza'..jnji aku kt dia mse tgh syok b'gayut......

smggu lps tu, hari y d tunggu dh tiba, dia blik kmpung..cuti... pg tu dia bertolak ngn bas dr Bangi...'nanti dh smpai msj k'... 'ok la'..kate dia..2 jam lps tu.. 'dh smpai kt Lipis ni, maybe kul 1 kot smpai'.. 'okeh'..kate aku..mlm sblmnye smlm suntuk aku b'jga, nervous pnye psl..first date la ktekn, cmne la ekspresi aku nanti..gagap kot..ahh..jnji leh jmpe 'buah hati'..perasan aku sendirian..
pagi tu awal2 aku dh b'siap nk ke bndr, fuh..date kt Pizza..pg tu aku bedal maggi je, nk mkn nasi tkut knyang..dr kul 11 aku dh tggu kt bndr, haha..xsbr pnye psl..happy nye aku mase tu..xleh nk gmbr tp still control macho, a'ah..aku kn macho..1 tghari, 'awk..dh nk smpai ni tp pak cik sy nk dtg amik la'...pak cik?..ye ke dia ni?..camne ngn jnji tu?..'emm..xpela'..blsku ngn nada ala2 kecewa..'okeh cmni, kita pegi..nanti dh smpai sy helo awk k'..kate dia, memujuk agaknye..hati aku snyum kmbali....

3 jam lps tu........'helo..Tipah ade?'..'xde, dia dh kluar, henfon dia tgal'..'emm..sape y ckp ni'...'tuuuuuutttttttttt'......ai..xkn ltk fon cmtu je,hati aku dh mula rase x best..sape laki y jwb call td? pak cik dia? tp xkn camtu punye budi bahasa? suara pon x mcm pak cik..ala2 balak ade ar.. btol ke pak cik dia y dtg amik, aku nmpk ke? berjam2 aku termenung..ahhh..lantak ar, sape y x pns, jnji nk jmpe tp btg hidung pon x nmpak...5 jam aku tgu kt bndr tu, mcm org bodoh pon ade..dipermainkankan..mmg aku bodoh pon..tp jgn la smpai lyn aku cmni..cam tunggul..kesian kt aku..ptg tu dlm hujan aku blik umah ngn konpius..ape slh aku?

mlm tu aku cube call, x angkat,,brape puluh kali ntah aku call lgsung x angkat..aku bkn ape tp cume nk tnye 'aku ni tunggul ke?'..esoknye aku call lg...'this is the voice mailbox for the number..........' sakitnye hati aku, b'puluh2 kali aku call cme tu je jwpn y aku dpt..seharian..xpela...rase cam nak nangis je..tp xleh, aku kn laki, lgpon mslh kecik je ni, mne leh nangis sbb ppuan, x macho..rase pedih tu aku thn sorg2, knape Tipah wt aku cmni???..........................................................................................................
to be continued .....................................................................................................